Semakin hari, budaya songsang ini semakin menular di kalangan masyarakat kita.Cukupkah untuk sekadar berdiam diri? Mari berbincang pasal isu ni..

Apa itu Homoseksual?

Istilah homoseksual lazimnya merujuk kepada kecenderungan hubungan seksual sesama jantina yakni lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.

Gay & Lesbian.
Secara tradisinya istilah gay digunakan untuk merujuk kepada lelaki homoseksual sementara lesbian bagi merujuk kepada wanita golongan ini.

Mari Kita Baca pula artikel ni dari www.ms.wikipedia.org

Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks." Istilah homosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 secara tanpa nama yang ditulis oleh novelis Karl-Maria Kertbeny, kelahiran Austria.

Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti pada awal-awal penyakit merebak. [1]

Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dikalangan homoseksual pada tahun-tahun kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dikalangan gay melalui tempat mandi umum, tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi tempat utama penyebaran AIDS. [2]

Perdebatan biologi sebagai punca homoseksual

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pelaku homoseksual mempunyai ciri berlainan secara biologi. Amtaranya dalam satu kajian oleh Simon LeVay pada tahun 1991 ia mendapati kelompok kecil neuron pada anterior hypothalamus, yang dipercayai mengawal tabiat seksual dua kali ganda pada imbasan otak homoseksual berbanding orang normal. Pada 1993, Dean Hamer pula mendapati saudara homoseksual cenderung berkongsi khromosome Xq28. Bagaimanapun kesemua penyelidikan ini gagal menjelaskan sama ada kelainan itu timbul akibat mereka mengamalkan homoseksual atau mereka menjadi homoseksual kerana kelainan tersebut.

Ramai pakar turut mempercayai bahawa virus AIDs lebih mudah tersebar dalam golongan homoseksual disebabkan amalan hubungan luar tabie (melalui dubur). Ini disebabkan tisu dubur sering kali mudah pecah dan berdarah, yang membenarkan virus memasuki salur darah. Satu kajian turut mencadangkan virus mungkin mampu menjangkiti sel di dubur secara langsung, kemungkinannya disebabkan usus besar mempunyai liang bagi menyerap air dan zat permakanan yang memudahkan virus memasuki badan pengamal hubungan luar tabie.

Homoseksual, Keagamaan & Kepercayaan

Sesetengah pakar mempercayai bahawa wabak AIDS dikalangan homoseksual adalah punca riwayat yang dikisahkan dalam kitab agama Ibrahim. Dipercayai sebagai cara memberentas wabak tersebut, kesemua pesakit dan pelaku homoseksual telah dihukum bunuh ketika itu, satu hukum keagamaan yang kekal sehingga kini.

Homoseksual merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Homoseksual dikatakan bermula dari zaman Nabi Luth a.s. yang mana ketika itu gejala seks, perkahwinan dan percintaan di antara sesama jantina berlaku.

Ayat 80, Surah al-Araf (7), bermaksud,

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

Ayat 81 bermaksud,

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

Faktor-faktor terjebak

Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan seseorang itu menjadi homoseksual.

Keluarga

Pengalaman /trauma di alam kanak-kanak Contohnya: Dikasari oleh ibu/bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki/perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak berasa benci pada golongan itu. Predominan dalam pemilihan identiti iaitu melalui hubungan yang renggang dengan ibu bapa

Persekitaran

Contohnya: Bersangkutan dengan pergaulan dan keadaan sekeliling. Keluarga yang terlalu mengongkong anaknya. Bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya.Hubungan yang terlalu rapat dengan ibu sementara renggang dengan bapa.Kurang menerima pendedahan yang betul tentang seks dari kecil.

Mengikut pendapat ini, homoseksual bukanlah dibawa dari lahir tetapi terbina melalui pengalaman, seperti kompleks dalam keadaan hidup dan pengaruh keadaan semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.

Dorongan individu

Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil.Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay) Kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri.

Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif.

Aktiviti seksual

Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan. Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian.

Peringkat homoseksual

Terdapat beberapa peringkat homoseksual:

  • TERAHSIA

Juga dikenali sebagai CLOSET. Bermula sebagai ‘Homoseksual Sulit’.Individu homoseksual yang menjalani kehidupannya dengan berpura-pura seperti orang lain, tidak bahagia dan tertekan oleh polisi sosial yang diterima oleh masyarakat. Individu homoseksual ini cuba menyesuaikan diri (accommodate) dengan norma-norma masyarakat dalam masa yang sama melakukan kegiatan homoseksual secara rahsia.

  • PENDEDAHAN AWAL

Pernyertaan dan eksperesi diri kepada masyarakat. Individu ini memberi respon terhadap masyarakat heteroseksual dengan menonjolkan kehidupan homoseksual. Menerima hakikat bahawa diri lebih berminat kepada kaum sejenis.

  • PERKONGSIAN
1. Tahap Perkongsian Pertama

Kemampuan untuk berkongsi perasaan sebagai homoseksual pada keluarga dan rakan-rakan.Mewujudkan perhubungan yang lebih stabil dan berjangka sederhana atau panjang

2. Tahap Perkongsian Kedua

Menilai secara terperinci akan kebaikan dan keburukan perkongsian secara terbuka. Bersedia untuk menerima sebarang akibat. Apabila diterima, ini akan membina percaya diri dan memberi kesan positif dan sekira sebaliknya. Ia akan memberi kesan yang negatif.

  • KOMUNITI HOMOSEKSUAL

Kelompok homoseksual akan berkumpul sesama sendiri dan membentuk sebuah masyarakat yang mahu menerima mereka seadanya. Di sini mereka diterima, diperlakukan seadilnya dan berkongsi bersama-sama pengalaman dan memahami antara satu sama lain

Perspektif masyarakat

Keruntuhan Moral dan Tamadun

  • Memusnahkan kekuatan moral masyarakat

Penekanan diberikan pada golongan homoseksual yang melakukan hubungan seksual di luar tabi’i. Dipercayai aktiviti sedemikian mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat

  • Tidak perlu diberi hak-hak istimewa

Golongan ini sering dikaitkan dengan sesuatu yang tidak normal, berkaitan dengan tingkahlaku syaitan dan tidak layak menerima apa-apa hak dari masyarakat. Mereka sering dipinggirkan tanpa penjelasan yang kukuh

  • Mencerminkan kemunduran masyarakat

Apabila masyarakat menjadi terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabi’I manusia akan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat. Masalah keruntuhan akhlaK akan berleluasa

  • Pembunuh institusi kekeluargaan

Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. Ini mengurangkan populasi naturan dalam masyarakat.

Penyakit Wabak

  • Penyakit Sosial

Mereka dipertanggungjawab terhadap gelaja kurang sihat dan kepelbagaian masalah kesihatan seperti AIDS dan STD. Walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi golongan homoseksual sering dijadikan penyebab utama.

Diskriminasi

Sering dianaktirikan dalam pelbagai aspek.

Budaya: Kegiatan harian (walaupun sama seperti orang lain) tidak dapat diterima oleh masyarakat. Dianggap janggal setiap kali melakukan sesuatu tugas walau tidak berkaitan dengan identiti homoseksual atau hetroseksual

Sosial : Dianggap sebagai ‘orang asing’ dan tidak mendapat layanan seperti orang lain sering dilihat sebagai ‘pelik’ dan tidak dapat diterima dalam kegiatan luar.

Tidak ramai golongan homoseksual yang memegang jawatan tinggi di mana-mana jabatan, yang berani untuk menonjolkan diri pada masyarakat, yang mampu pertahankan kelebihan yang ada pada diri dan sebagainya. Disebabkan pandangan masyarakat, kebolehan dan kelebihan yang ada pada diri mereka tidak diiktiraf.

Artikel Di Atas dipetik TERUS dari Laman Web Wikipedia.

0 Comments:

 

Contact US | About