Sent to Link Number: ce92a
Sender Name: AKUinsanHINASender
Email Address: __________@yahoo.co.uk
waktu aku tulis luahan ini, bergenang mata ni memikirkan betapa hinanya aku dimata tuhan.aku x dapat tampung lagi, x de siapa untuk aku luahkan masalah yang akan membelenggu aku sehingga ke liang lahat. aku berumur 26 tahun, seorang biseksual. Sedari sekolah rendah aku dapat rasakan kelainan pada diri aku, aku mudah terangsang pada lelaki selain wanita. aku tutup rapat2 kekurangan aku itu denagn mengadakan hubungan dengan wanita, hidup seperti straight person yang lain namun semuanya berubah pabila aku mula mengenali seorang lelaki yang tua dari aku 15 tahun.
perasaan yang selama ini aku tutup rapat2 akhirnya dibelai lelaki yang betul2 menyayangi aku dengan ikhlas. aku terlalu sayangkan dia sehinggakan aku rasa x mahu berkahwin walaupun aku sedar dia sudah dimiliki orng lain. kini, kami mengalami proses dimana kami mula merasakan kami semakin jauh menyimpang dari Allah. Kesedaran itu da namun perbuatan itu x cukup kuat untuk benaar2 berubah.
Kami pernah menagis bersama2 bila membayangkan bagaimanalah keadaan kami ketika kami dipulangkan kepangkuan Allah. Adakah dalam noda dan dosa atau sebaliknya? Aku terlalu sayangkan dia, kadangkala bila memikirkan segala keindahan cinta yang aku kecapi kini bakal berakhir, aku rasa terlalu benci pada diri sendiri kerana membenarkan ianya berlaku. namun harapan aku, bila satu masa nati bila salah seorang antara kami pergi dulu, mudah2an dalam keadaan yang sudah bersedia. Para pembaca, doakan hijrah kami.
Admin : Email diterima pada 4 Ogos 2009.
X Homo Malaysia :: Mengapa Homoseksual?
Semakin hari, budaya songsang ini semakin menular di kalangan masyarakat kita.Cukupkah untuk sekadar berdiam diri? Mari berbincang pasal isu ni..
E-mail 3 : Doakan Hijrah Kami
Email 2 - Love
Email ini diterima dari Maria (Bukan Nama Sebenar) pada 15 April 09.
Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang berpewatakan lembut. Saya tidak tahu kalau sikapnya itu semulajadi ataupun ada peristiwa hitam yang telah menyebabkan dia begitu. Saya terlalu menyayangi dia dan boleh menerima sikap lembutnya dengan sepenuh hati saya. Selama dua tahun kami menjalinkan hubungan cinta yang saya tahu dia sangat berminat dan berbakat dalam bidang kecantikan dan juga dandanan rambut. Selain itu, dia punya bakat dalam nyanyian.Masalahnya saya terlalu sayangkan dia tetapi tidak pernah bertanyakan tentang pergolakan hati dia. Dia muda 3 tahun dari saya. Akhirnya pada tahun ini dia memutuskan untuk mengakhirkan hubungan kami, saya tidak mahu tetapi dia tetap berkeras dengan alasan hati dia yang mahu begitu. Dia mengaku bahawa hatinya tidak menyukai perempuan dan selama ini dia telah banyak melakukan kesalahan tanpa pengetahuan saya. Katanya lagi dia tidak mahu saya kecewa apabila saya dapat tahu salahnya itu dan katanya lagi dia telah berusaha tapi ada sahaja halangannya. Saya terlalu cinta dan sayang dia. Saya mahu membantu dia tapi saya tidak tahu bagaimana caranya. Saya tidak mahu dia terus hanyut dengan kesalahan yang dibuatnya. Bagaimanakah caranya untuk saya membantu dia keluar dari 'kepompong' yang mengurung hidup dia sekarang, dari jalan yang di pilihnya. Katanya lagi, dia tidak akan berundur lagi, dia akan meneruskan jalan yang dipilihnya itu. Saya harap saya mampu membantu dia dan boleh membawa dia semula ke pangkal jalan yang benar. Bolehkah lagi dia berubah? Dan bagaimana caranya? Saya masih tetap menghubunginya sekarang.
Bantulah dia... Tq



